REALLY
AFFORDABLE CLOTHDIAPERS!!

------------------------------------------
:
)

Followers

QUICK ORDER FORM

Name:
Email Address:
Phone No:
Mailing address:
I would like to order :
Order list and details :
Delivery:
Payment: MBB CIMB
Returning customer?: Yes :) I would like a FREE diaper insert. Nope
Notes & remarks (discounts gift/special instructions):
This contact form was created by Freedback.

Saturday, October 3, 2009

Demo mencuci cloth diaper

Tadaaa...
Utk mommies2 yg ala2 mcm xkoser nak membasuh CD ni kan...
Meh aku nak stori telling skit bab2 yg aku pun memuler rasa mcm leceh nak wat... :)
Nak kata susah sgt pun tak tapi xle mcm disposable diapers tu kan main buang2 aje...
Biasala memule tu kan...nak betukar...
Kalau dgn cara yg berjadual & time mgmt yg baik hiks :)
Insyaallah mudah ajer....alah bisa tegal biasa... ;)
Janji sendiri hati dalam juga mau... :)

1st of all...utk pengetahuan semer2....
Aku ni pon idak le rajin bebenor bab2 membasuh2 nih...
Walaupun aku ni suri rumah tangga...nama glemer Work.At.Home.Mom :)
Rasanyer byk lagi mende lain aku nak buat dr nk membasuh hari2 kan... ;)
Hehehe...bab2 CD ni habis rajin...2hari sekali ajer aku basuh...
Ala2 bile dah sakit mate memandang timbunan CD lam baldi tuh...
Kaedah nyer aku humban aje sumer2 lam mesin basuh...trus kasi setel...
Tu pun ada hati kalau leh nak 3hari sekali je basuh...haih

Nnt nk tambah stok CD lagik...skang baru duk ada lam 18pcs ;)
Kalau nak 3 hari sekali basuh tu sedap2 pakai tolak ujan panas ribut petir sumer...
Agak nyer lam 20-24pcs...so xde la hari2 nak basuh kan...
Panjang la skit hayat CD tuh kan...
Kalau hari2 basuh...mau tak lunyai...hahaha...
Kater nak pakai smpai 3thn...kaaan... ;) nk save duit haaa...
Kang cukup 3thn dah xde rupe CD dah...hahaha

Sooo meh ikut aku kita ke segment cuci-cuci CD ;)
Hokeh biasa nyer acara ni aku buat sesambil mandi manda... :)
Atau bebiler sahajer bile aku perlu ke bilik temenung tu...hiks...
1)
Memule kuarkan le insert/soaker tu dr dlm poket CD...
Kasi siram sama air...
Tonyoh2 manjer sket...
Nak pakai tgn le nak pakai kaki pun leh...
Tapi harusla di ingat JGN SEKALI2 pakai berus...ok
Pantang tu, nnt rosak fleece...ok
2)
Kalau ada poo poo baby...
Tuang ajer lam toilet sambil pancut2 air kuat2 supaya senang tertanggal...
Kang ade yg cakap...'ala kalau poo poo seketui xpa la...mau nyer yg lembik2 belengaih2 tu...'
'Aaargh tidaaaak sanggup....' aaaa rilek...rilek...
Haaa nih kes mcm Khalysh ler...poo poo mmg lembik2 & belengaih2... :)
Berkat susu ibu ;)...najis lawas dan mudah nak poo poo...
CD yg tgh duk basuh ni lepas Khalysh poo poo leer...
Igt nak snap pic poo poo lekat kat CD...hehe xjadi la...
Hahaha kang ade yg muntah hijau kang...hahaha
Ni lah hasilnya setelah di pancutkan ngan air dan di sental2 manjer...
Mudah tanggal sebnor nyer xyah berus2 pooon...
Biasanya ade la kesan kuning skit tinggal...
No worries...kang dah masuk mesin hilang la...
Kalau ade lagi xpe...jemur nnt stain tu akan hilang... ;)
3)
Pehtu perah2 skit...shampak ajer masuk baldi...
Haaa tgk tu dah penuh baldi dah pun...
Selagi tak menimbun2 cam ni aku tak basuh...hehe
Ade la lam 12 pcs mcm tuh...2 hari nyer pakai...
So dah smpai le masenyer utk dibasuh...
4)
Kasi masuk suma lam mesin...
Sebnar nyer lagi digalakkan basuh CD pakai mesin...
Sbb air byk so ble bilas byk2 kali dan bersih2...
Soo kadar penyerapan CD tu makin lama makin bagus...
Sebaik2 nya buh la lam sarung net tuh...
Tapi aku ni penyegan...
Malas nak pegang2 dah...hehe
Humban jer sumer...
Pakai sabun TOP separuh penutup ajer...
Sabun HAD pureen pun bole...
Dgn air plg maksimum...
JGN SEKALI2 buh klorok ke sabun terre2 atau softner wangi2 semerbak...yer...
Semer tu tak perlu...
Nak tau cd yg kite basuh tu betul2 bersih....
Xakan ada bau hancing atau wangi sabun yg terlampau...
Basuh biasa2 ajer...air mesti cukup...okey :)
5)
Siap basuh, sidai...
Insert/soaker tu tebal so perlukan matahari utk kering...
Pocket CD tu sidai lam umah pun leh kering kejap jer...
Kalau yg ada stain kuning tu seelok2 nya sidai direct matahari utk 60-90 minit...
Matahari ni akan matikan kuman dan pemutih secara semulajadi...
Biasanya aku akan sidai kat bwh porch...
Di celah2 rimbunan pokok ituew...

Amacam mommies2 sumer...
So hopefully dpt la sedikit sebanyak...
Memberi gambaran camne nak handle CD ni bile dah pakai nnt...
Pada yg mungkin nak bertukar pastu pikir punya pikir...
Macam leceh ajer nak cuci-cuci ni kan...xde la susah mana pun...
Kalau boleh berjimat apa salah nya...kaaan...
Kalau yg ada maid tu lagi bagus...bagi keje cuci mencuci CD ni kt dia...haaa
Kang anak tido xde keje lak dia siang2 kan...

Pada yg hantar anak ke nursery pun xde masalah...
Leh pakai CD ni cam biasa...mcm pakai disposable diapers...
Bekalkan CD yg bersih dan dah siap di setting sais kt pengasuh tu...
Kalau baby poo poo ke shi shi ke...
Bukak gulung2 bungkuih lam plastik...
Xyah susah2 pengasuh nak basuh...
Kang kiter bwk balik...kiter bilas... :)
Jgn risau material fleece xakan bertahi lalat...
Poo poo pun akan mudah tanggal walaupun lambat cuci...

So mommies...SLAMAT MENCUBA... :)
HAPPY CLOTH DIAPERING...

Sunday, August 23, 2009

Washable nappyliner

Washable Nappy Liner


Kelebihan menggunakan liners bersama diapers

1. Melindungi diapers dari cecair dan kotoran yang sukar untuk dihilangkan terutama apabila bayi anda membuang air besar

2. Membantu agar bayi anda terasa lebih kering sewaktu memakai cloth diapers - dengan ini ruam lampin yang dideritai oleh bayi anda akan sembuh dengan lebih cepat

3. Pelbagai kegunaan - selain dari digunakan bersama cloth diapers, liners ini juga boleh digunakan bersama lampin pakai buang

4. Melapis dan melindungi kulit bayi dari bersentuhan secara langsung dengan bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang - Bagi mereka yang masih menggunkaan lampin pakai buang, liners ini sangat berguna bagi melindungi kulit bayi anda dari bersentuhan secara langsung dengan bahan kimia yang terdapat didalam lampin pakai buang.

5. Membantu mengurangkan jumlah penggunaan cloth diapers dan juga lampin pakai buang - liners amat berguna bagi bayi yang baru lahir (newborn) yang kerap buang air besar tetapi dalam jumlah yang sedikit.Anda hanya perlu menukar liners sahaja setiap kali bayi buang air besar dan tidak perlu menukar keseluruhan cloth diapers atau lampin pakai buang dengan lebih kerap. Liners ini juga sangat sesuai digunakan sewaktu bayi anda sedang mengalami masalah cirit birit yang memerlukan penukaran lampin dilakukan dengan lebih kerap.

6. Menjimatkan wang anda - kerana ia boleh dibasuh dan digunakan berulang kali berbanding dengan liners pakai buang yang hanya boleh digunakan sekali sahaja. Dalam erti kata lain, pelaburan anda bagi washable liners ini hanya sekali saja. Bukan itu saja, penggunaan washable liners ini juga boleh membantu mengurangkan jumlah penggunaan lampin bagi mereka yang masih menggunakan lampin pakai buang

7. Bebas dari bahan kimia dan selamat digunakan - washable liners ini dibuat dari kain yang tahan lasak tetapi lembut kepada kulit dan tidak mengandung bahan kimia. Oleh itu ia selamat digunakan dan tidak memberikan kesan sampingan kepada bayi anda

8. Corak yang cantik, berwarna warni dan pelbagai pilihan - saya pasti bukan sahaja anda, tetapi bayi anda juga turut tertarik dengan corak dan warna washable liners ini. Dengan ini ia akan membantu dan memudahkan anda untuk memakaikan lampin pada bayi anda

9. Bentuk liners seperti gelas dan lebih kecil dibahagian tengah - dengan ini ia tidak mudah terlipat dan beralih selepas diletakkan diatas diapers.

10. Saiz liners yang lebar dan panjang (Lebar 5 inci di bahagian depan dan belakang dan panjang 13 inci) - cukup untuk menutup keseluruhan permukaan atas poket diapers dan mengelakkan diapers dari kotor

11. Mudah untuk dibasuh dan dicuci - kerana ia boleh dibasuh dengan tangan dan juga dengan mesin basuh. Selain dari itu, ia juka boleh dimasukkan dibahagian spin dalam mesin basuh bagi tujuan pengeringan yang lebih cepat

12. Mudah untuk dikeringkan - kerana washable liners ini dibuat dari sejenis kain yang nipis agar mudah untuk dikeringkan

13. Oleh kerana liners ini berfungsi sebagai pelapik, ia boleh juga digunakan untuk melapik diapers terutama apabila anda kekurangan diapers. Apa yang perlu anda tukar cuma insert sahaja, lapiskan dengan liners di bahagian atas poket diapers dan anda boleh gunakan diapers yang sama kembali.

14. Mesra alam sekitar - kerana ia boleh dibasuh dan digunakan kembali. Dengan itu ia membantu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang setiap hari.

15. Selain untuk kegunaan sendiri, ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk teman-teman anda yang baru menimang cahaya mata

Monday, August 17, 2009

Jadual penggunaan sehari

6-9pg : 1cd with 1 insert
9pg-12tgh : 1cd with 1 insert
12tgh-3ptg : 1cd with 1 insert
3ptg-6mlm : 1cd with 1 insert
6-9mlm : 1cd with 1 insert
9-12mlm : 1cd with 1 insert
12mlm-6pg : 1cd with 2 insert

Jumlah: 6-7 helai cloth diaper sehari, dengan penggunaan selama 3@4jam sekali di siang hari dan 6 jam di waktu malam.

Jadi stok utk kegunaan 3 hari = 20 keping sahaja...
Boleh cuci selang 2hari... :)

Types of clothdiaper



>>Pls click on the picture for better view :) <<

GLOSSARY CLOTH DIAPER

>>Pls click on the picture for better view :)<<

1. CD : cloth diaper / lampin kain.

2. Pocket diaper : Lampin kain yg mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.

3. Insert/Soaker : Penyerap kebasahan yg diperbuat kebiasaannya dari fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain napkin yg dilipat2.

4. Microfiber : Material tuala yg tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.

5. Fleece : Sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut. Biasanya digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ini tidak menyimpan air yang di serap oleh itu akan membuatkan bayi berasa selesa serta kering.

6. PUL : Fabrik yg digunakan sebagai lapisan paling luar, mempunyai penebat air, mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

7. One size (OS) : Sais boleh diubah dari S /M/L dengan menggunakan snapbutton yg disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir(3kg)- 3thn(13kg).

CIRI2 PRODUK


10 GREAT PRODUCT FEATURES:
1)
Comes with 3 layer 100% microfiber terry inserts (5"x13.5") which is a strong absorbent material and can absorb urine fast.
2) 3x3 clever snaps in front of nappy cover, easy to adjust different size for any age of baby
3) Fit baby weight from NB to 13 kg, a clever popper 'system' ensures nappies "grows" with the child.
4) S/M/L all in one size (please adjust the snaps according to the boby size of baby).
5) Easy to adjust waist and leg
6) Super absorbent - 3 layer inserts and thick inner fleece
7) Soft inner fleece will wick away moist & feel soft on baby's skin
8) Waterproof outer with PUL lamination to prevent leakage - breathable
9) Made of 100% Polyester/Original cotton
10)
Machine washable :) I like... :)